Pages

Sunday, January 15, 2012

7 tanda anda & pasangan serasi

1.Saling berkerjasama antara satu sama lain
   Kamu dan dia selalu dapat saling membantu,dalam urusan remeh atau besar.Paling penting ialah dapat
   melalui aspek kehidupan secara bersama2.Dan semuanya terasa amat menyenangkan meskipun tanpa
   harus melibatkan org lain.Jadi kenapa dgn mudah terus melupakan segala kenangan indah yg di miliki
   selama ini???

2.Perasaan jiwa & emosi
   Pernahkah ketika anda berdua sudah tidak bertegur sapa selama beberapa hari kemudiannya saling
   menghubungi dalam masa yg sama??Adakala nya panca indera yg ke6 ini akan memberi tahu apakah 
   yg harus dilakukan utk menjernihkan keadaan.Perasaan rindu,dapat membaca fikiran serta menduga
   reaksi pasangan pada situasi tertentu adalah anugerah yg tidak ternilainya kepada insan yg telah
   dijodohkan bersama.

3.Tidak rasa bosan bila bersama
   Jadi sekarang cuba imbas kembali bila dirimu bersama dirinya,bukankah perasaan tenang,selesa dan
   tanpa perasaan tertekan membuatkan dirimu merasa begitu selesa??berjam2 bersamanya,setiap waktu 
   dan setiap hari tanpa membuat kamu merasa bosan.Nah! bukankah ini petanda bahawa anda berdua 
   adalah pasangan yg cukup serasi!

4.Dia selalu ada dalam apa jua situasi
   Walaupun kadang2 anda tidak begitu memahami dirinya yg terlalu kompleks,namun dia selalu ada
    dalam apa jua keadaan sekalipun.Si dai begitu memahami situasi dalam hati pasangannya ini baik
    dalam suka ataupun duka.Sekarang ingat kembali.Apakah dia org pertama yg datang memberi
    bantuan tatkala kamu diruncung duka??dia selalu faham saat emosi kamu terganggu??dia tahu
    keadaan waktu anda sakit??jika ya,dia adalah pasangan terbaik buat dirimu!

5.Tidak peduli dengan masa silam
   Dirimu yg dia kenali adalah dirimu sekarang,dia tidak terlalu peduli dgn masa lalu keluarga kamu,dia
   tidak peduli dgn masa lalu kamu saat bersama kekasih terdahulu.Dia juga tak malu2 menceritakan
   masa lalunya...Jadi,kalau begitu ini bererti dia begitu mencintai dirimu seadanya.Kenapa perlu pening 
   kan kepala dgn soal remeh temeh sedangjan si dia berusaha melupakan peristiwa silammu??

6.Jujur dengan diri masing2
   Setiap orang pasti memiliki kekurangan dan kamu juga tidak malu2 utk mengaku kpd dirinya.Bahkan
   ketika kamu tampil 'Buruk' di hadapan dirinya sekalipun (seperti ketika sakit dan berpakaian tidak rapi)
   dia menerima kamu seadanya.Begitu juga dgn dirinya yg begitu berterus terang tentang kekurangan
   dirinya.Jadi kamu berdua sememang nya di takdirkan utk bersama.

7.Tiada lagi rahsia antara kamu berdua
   Tiada apa lagi harus di rahsiakan antara kamu berdua.Tiada kawan2 atau kaum keluarga yg mampu
   menyimpan rahsia seperti si dia.Dia tempat kamu mencurahkan segala2 nya.Ini bermakna kamu dan
   dia sudah di takdirkan bersama2.Percayalah pasangan yg di takdirkan bersama pasti tidak takut 
   mengalami pasang surut,suka duka saat bersama.Bertengkar,bergaduh adalah perkara biasa dalam
   satu hubungan yg intim,jangan jadikan semua ini perkara yg membebankan dalam hubungan kamu
   berdua.

Tuesday, January 10, 2012

Rahsia Ciuman Lelaki???


ciuman yang paling saya suka,ciuman di dahi...

1.Ciuman atau kucupan pada tangan
   Jika seorang lelaki mencium belakang tangan anda,itu tandanya si dia menyajung dan menghormati anda.
   Lelaki yang kononnya bersopan akan mengucup orang yang dihormati dan disanjunginya pada bahagian
   belakang tangan orang yang berkenaan.Ini biasannya dilakukan oleh seorang anak terhadap ibu bapanya,
   seorang bawahan ke atas orang atasanya,seorang murid terhadap gurunya dan seterusnya.Jarang berlaku
   seorang lelaki mengucup tangan pasangan wanitanya,apatah lagi seorang suami kepada isterinya.Jika
   berlaku juga sedemikian,itu menandakan si lelaki berkenaan benar2 menyangjungi dan menghormanti wanita
   tersebut sebagai yang teristimewa dalam hidupnya..

2.Ciuman di dahi
   Selalu juga kita saksikan seorang lelaki mencium pasangan wanitanya di dahi.Apakah tandanya? jika anda
   pernah dihadiahkan sebuah kucupan di dahi tandanya si dia begitu kasih terhadap anda.Dan kasihnya begitu
   kudus.Anda dapat berasakan getaran kasihnya pada anda begitu syahdu.

3.Ciuman sayang
   Jika pasangan anda mengucup anda di pipi,itu tandanya si dia sayang pada anda malah jika anda sedang
   marah dan dia tiba2 mencium pipi anda,itu maknanya dia tetap sayang pada anda walaupun apa yang 
   terjadi.Malah ciuman sayang di pipi sering dihadiahkan oleh sang suami kepada isteri dalam suasana gurau
   senda dan ceria.Begitu juga apabila suami baru pulang dari kerja atau berjalan jauh,satu ciuman di pipi
   menandakan dia sayangkan anda,rindukan anda dan cintanya pada anda terus bersemi.

4.Ciuman cinta
   Saat anda sedang berdiri,tiba2 suami anda datang sambil memegang kedua pangkal lengan anda,lalu anda
   dan si dia saling berhadapan sehingga wajah anda bertembung dengan wajahnya.Lalu sebuah kucupan
   hinggap di bibir anda.Itu tandanya sebuah ciuman cinta sedang ditebarkan.

5.Ciuman dari belakang
   Pernahkah anda dikejutkan oleh suami anda dengan kucupan dari arah belakang?Contohnya sedang anda
   sibuk mencuci pinggan,tiba2 pasangan anda menerpa dari arah belakang dan mengucup tengkuk dan pipi
   anda.Ini menunjukkan betapa pasangan anda begitu intim terhadap anda.Dan anda pun terasa terngiang
   bulu roma di saat itu.Namun anda patut berasa senang hati kerana tahu betapa dia mengidamkan anda!

6.Ciuman lutut
   Hah! betapalah lelaki ini telah rebah ke kaki anda.Benar,jika anda terjumpa lelaki yang sanggup mencium
   lutut anda,biarpun masih beralaskan pakaian,itu tandanya sudah terlalu dalam minatnya terhadap anda.
   Dalam hal ini,mudah pula anda mengambil kesempatan kerana dia akan tunduk pada setiap kemahuan anda.

7.Ciuman di hujung kaki
   Ia amat jarang dilakukan oleh kebanyakan dari kita melainkan dalam sesetengah budaya dan adat resam
   india.Jika ada juga lelaki luar melakukannya,ia di kira sudah luar biasa.perlakuan ciuman di hujung kaki
   yang bukan kerana adat,itu petanda si lelaki berkenaan sudah terlalu merendah diri dan terlampau memuja
   anda.Anda boleh menganggap si dia boleh diperlakukan apa saja oleh anda.tapi,tengoklah juga.lelaki
   pandai berlakon dan mugkin dia cuma berlakon sahaja untuk mendapat perhatian anda sedang hakiakatnya
   tidak boleh diperlakukan seperti yang anda tafsirkan.Apa pun,kucupan sedemikian tidak seharusnya
   dilakukan.